Cara Hantar Kereta/Pos Kereta Ke Sabah Sarawak Dan Semenanjung

Cara Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak & Semenanjung Menggunakan Kapal RoRo - (Roll on Roll Off)


Soalan Lazim Cara Hantar Dan Pos Kereta Ke Sabah Sarawak Dan Semenanjung Malaysia


1) Berapa lamakah masa yang diambil untuk kenderaan saya tiba di Sarawak dan Sabah?

Tempoh pelayaran mengambil kira faktor cuaca dan keberangkalian masalah teknikal dan selalunya mengambil masa selama 7 Ke 15 hari menggunakan Kapal RoRo - (Roll on Roll Off).

2) Bilakah atau di mana saya harus menghantar kenderaan saya?

Tarikh akhir bagi penghantaran kenderaan ke pelabuhan tertentu iaitu di Pelabuhan Klang, Kota Kinabalu, Kuching dan Labuan adalah 2 hari bekerja sebelum waktu anggaran ketibaan (ETA) kapal, (tidak termasuk hari ETA kapal, Ahad & Cuti Umum disebabkan waktu kerja yang terhad).

3) Berapa lamakah masa diambil bagi pelepasan Kastam di Sabah dan Sarawak? Ia mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk pelepasan kastam selepas tarikh kapal ETA di Malaysia Timur.

4) Apakah jenis dokumentasi yang diperlukan untuk pelepasan Kastam?

- Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)

- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Depan & Belakang)

- Salinan Surat Pelepasan Bank (untuk kenderaan yang masih dibiayai)

- Salinan polisi insuran bagi kenderaan yang telah habis bayar

(Kesemua salinan hendaklah jelas dan terang)

5) Bilakah tarikh akhir Tempahan Dan Penyerahan Dokumen?

Tarikh akhir bagi penghantaran dokumen adalah 7 hari bekerja sebelum waktu anggaran ketibaan (ETA) kapal (tidak termasuk hari ETA kapal,Ahad & Cuti Umum disebabkan waktu kerja yang terhad) untuk pemprosesan kastam tepat dan cepat. Pihak kapal tidak akan bertanggungjawab untuk kelewatan,caj tambahan atau kesilapan manusia yang mungkin disebabkan oleh penyerahan dokumen lewat.

6) Adakah Kenderaan saya dilindungi oleh Insuran Marin?

Semua kenderaan akan diinsurankan daripada jumlah kerugian sahaja.Anda juga boleh mengambil insuran tambahan dan ianya adalah pilihan.

Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan Insurans Marin bagi melindungi daripada kejadian yang tidak dijangka seperti kebakaran atau kerosakan semasa penghantaran.

Dalam kes di mana kebakaran berpunca daripada kargo, pemilik kapal berhak untuk mengisytiharkan General Average (GA) di bawah undang-undang maritim. Ini mungkin menyebabkan pemilik kargo tanpa insurans perlu membayar sehingga 60% daripada nilai CFR sebelum kargo mereka boleh dilepaskan.

Insurans Marin memastikan pelanggan tidak bertanggungjawab terhadap kos yang tidak dijangka seperti ini, sekali gus memberikan ketenangan fikiran sepanjang proses penghantaran.

7) Bilakah saya perlu membuat pembayaran?

Bayaran deposit RM450 hendaklah dibuat semasa membuat tempahan dan baki harus dibayar ketika kenderaan telah masuk ke dalam kapal.Invois dan resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan mengambil kenderaan semasa di pelabuhan.Sila simpan bukti pembayaran.

8) Adakah anda menyediakan penghantaran ke lokasi lain selain dari Sabah,Sarawak dan Semenanjung ?

Kapal kami membuat panggilan ke Pelabuhan Singapura, Laem Chabang (Thailand) dan Jakarta (Indonesia), oleh itu kami boleh mengatur penghantaran kenderaan ke pelabuhan-pelabuhan ini. Walaupun kapal kami tidak membuat panggilan ke Pelabuhan Antarabangsa yang lain pada masa ini, kami mempunyai keupayaan dan rangkaian yang luas, dan bersedia mengatur kenderaan anda untuk dihantar ke mana-mana destinasi di seluruh dunia seperti permintaan anda.

9) Bolehkah saya menuntut kehilangan barang peribadi di dalam kenderaan?

Pelanggan dinasihatkan untuk mengeluarkan semua barangan peribadi dari kenderaan.

Sekiranya terdapat keperluan untuk meletakkan barang peribadi di dalam kenderaan,

Ia adalah di atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa barang peribadi yang hilang atau rosak.





Jadual Pos Kereta Ke Sabah Sarawak dari Semenanjung Malaysia Tahun 2026

(Departure and arrival date are subject to change with or without notice)

Maksud ETA ialah Jangka masa tiba atau anggaran masa ketibaan (ETA) ialah masa apabila sebuah kapal, kenderaan, pesawat udara, kargo atau perkhidmatan kecemasan dijangka tiba di suatu tempat tertentu.

Proses Menurunkan Kenderaan Dan Pelepasan Kastam Mengambil Masa 2 ke 3 Hari Waktu Bekerja Selepas Kapal Tiba.Waktu ini Bergantung Kepada Beberapa Faktor Seperti Proses dokumentasi Kastam dan Pengurusan Pihak Pelabuhan dan Perjalanan Kapal RoRo.

Buat Pelanggan Kami Yang Akan Menghantar & Mengambil Kenderaan,Kami Akan Maklumkan Melalui Whatsapp.Sila Berhubung Dengan Pegawai Operasi Kami.

Pelanggan Yang Menggunakan Servis Door to Port (DTP),Port to Door (PTD) Dan Door to Door (DTD),Kami Akan Menghantar Terus Ke Depan Rumah Anda.

Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Hantar Kereta Ke Sabah Sarawak dan Semenanjung.Semoga Tuan & Puan Sihat Selalu,Banyak Rezeki & Berjumpa Lagi.

DESTINASI JANGKAAN BERLEPAS JANGKAAN KETIBAAN NAMA KAPAL
PORT KLANG - KOTA KINABALU 02/08/2026 15/08/2026 GRAND VISION 286
PORT KLANG - BINTULU - KCH 10/08/2026 22/08/2026 GRAND VISION 287
PORT KLANG - KOTA KINABALU 16/08/2026 29/08/2026 GRAND VISION 288
PORT KLANG - BINTULU - KCH 24/08/2026 05/09/2026 GRAND VISION 289
PORT KLANG - KOTA KINABALU 01/09/2026 14/09/2026 GRAND VISION 290
PORT KLANG - BINTULU - KCH 11/09/2026 23/09/2026 GRAND VISION 291
PORT KLANG - KOTA KINABALU 18/09/2026 01/10/2026 GRAND VISION 292
PORT KLANG - BINTULU 01/10/2026 10/10/2026 GRAND VISION 293
PORT KLANG - KOTA KINABALU 07/10/2026 20/10/2026 GRAND VISION 294

Jadual Pos Kereta Ke Semenanjung Dari Sabah Sarawak Tahun 2026

Kota Kinabalu - Kuching - Port Klang

(Jadual Perjalanan Mungkin Berubah Bergantung Kepada Tarikh Pelepasan Terkini Pada Bila-Bila Masa Tanpa Notis Pemberitahuan)

DESTINASI JANGKAAN BERLEPAS JANGKAAN KETIBAAN NAMA KAPAL
KOTA KINABALU - PORT KLANG 06/08/2026 17/08/2026 GRAND VISION 286A
BINTULU - KCH - PORT KLANG 14/08/2026 24/08/2026 GRAND VISION 287A
KOTA KINABALU - PORT KLANG 20/08/2026 31/08/2026 GRAND VISION 288A
BINTULU - KCH - PORT KLANG 29/08/2026 08/09/2026 GRAND VISION 289A
KOTA KINABALU - PORT KLANG 05/09/2026 16/09/2026 GRAND VISION 290A
BINTULU - KCH - PORT KLANG 15/09/2026 25/09/2026 GRAND VISION 291A
KOTA KINABALU - PORT KLANG 22/09/2026 03/10/2026 GRAND VISION 292A
BINTULU -PORT KLANG 04/10/2026 11/10/2026 GRAND VISION 293A
KOTA KINABALU - PORT KLANG 11/10/2026 22/10/2026 GRAND VISION 294A

HARGA POS DAN HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK & SEMENANJUNG (SEDAN/AEROBACK/SALOON/SUV/4x4/MPV) TAHUN 2026 MENGGUNAKAN RORO (Roll on Roll off)

produk

Pos Kereta ke Sabah

Sedan/Aeroback/Saloon

(Port Klang Ke Port KK)

Harga Termasuk Marine Insurance

RM 2,290.00
Harga Asal RM 2,500.00 PROMO
produk

Pos Kereta ke Sarawak

Sedan/Aeroback/Saloon

(Port Klang Ke Port Senari Kuching)

Harga Termasuk Marine Insurance

RM 1,799.00
Harga Asal RM 2,025.00 PROMO
produk

Pos Kereta ke Sabah dari Semenanjung

Suv/4X4/Mpv/Pickup

(Port Klang Ke KK)

Harga Termasuk Marine Insurance

RM 2,390.00 PROMO
produk

Pos Kereta ke Sarawak dari Semenanjung

Suv/4X4/Mpv/Pickup

(Port Klang Ke Port Senari Kuching)

Harga Termasuk Marine Insurance

RM 1,899.00 PROMO